Esok dah nak masuk bulan 4 dah
cepat betul masa berlalu
kan kan kan???
aduh..
lagi 2 minggu nak abis kuliah
lepas tu cuti seminggu untuk study week then final exam
adoii..study ntah pape ntah
da nak final exam dah
bila dah abis final,maka da tamat la aku belaja untuk diploma
huk huk huk
sedih la pulak nak berpisah dengan kawan-kawan
yela kan, selama 3tahun bersama
gelak sama-sama
makan sama-sama
study sama-sama
pergi kelas sama-sama
bergosip pun sama-sama
pendek kata semua together gether lah !
tapi kan,
lepas ni kami kena bawa haluan masing-masing
demi mencapai cita-cita kami
kalau ada jodoh jumpa lak time degree
tapi tak taw la kan,kot-kot time tu aku dah
bertukar 'status'..hahaha !
okeh-okeh
cerita pasal bulan 4 ni
teringat pulak pada satu kisah
yang mana amat menyedihkan
waaa...ape tu ek?
ceciter,ceciter
huhu
takde pape,cuma aku ingat pada bulan ni lah aku clash dengan ex aku dulu
uwaaaa ! sedih tahap gaban beb !
da genap setahun kami putus
yang mana suatu ketika dulu
kami bersama time suka dan duka
sekarang kami bawa haluan masing-masing
mungkin la,awak tak bace saya punyer entry ni
yang ni saya tujukan untuk awak..
- awak tahu tak,saya tak pernah lupakan awak
- dan bohonglah kalau saya kata saya tak pernah rindukan awak
- bohonglah kalau saya kata saya tak pernah sayangkan awak
- dan bohonglah kalau saya kata saya tak pernah cintakan awak
- tapi saya harus sedar antara kita sudah tak ada apa-apa lagi
- awak bukan lagi milik saya
- sejauh mana sekalipun saya mengharap,semuanya tak akan
pernah kembali seperti dahulu
-mahu tak mahu kehidupan ini harus di teruskan
- kerana saya masih punya keluarga, rakan-rakan dan mereka
yang masih lagi menyayangi diri ini
- pesan saya, cintailah dirinya seperti mana saya pernah mencintai awak
- sayangilah dirinya seperti mana saya pernah meyayangi awak
- jagalah dirinya seperti mana saya pernah menjaga diri awak suatu ketika dulu
- jangan pernah sakiti hatinya
- jangan pernah khianati cintanya
- dan jangan sesekali tinggalkan orang yang awak cinta untuk orang yang awak sayang
- jika ada kekurangan pada si dia,
jadikanlah kekurangan itu sebagai kelebihan yang tak pernah ada pada orang lain
- anggaplah bercinta & berkongsi kasih sayang dengannya adalah peluang kedua
untuk menjadi kekasih yang lebih baik
- malah jika benar cinta awak itu padanya,maka berdoalah semoga ia menjadi kekasih halal awak
- agar cinta awak & dia terus diredhai Allah di dunia & akhirat
- mungkin si dia bukan yang pertama untuk awak
- tapi biarlah si dia yang terakhir buat awak
- ingat, jangan di cari cinta yang telah sedia ada,tapi jagalah ia
- kerana sedalam mana pun cinta itu,akan hilang kalau tak di jaga
- seperti mana ianya terjadi antara saya & awak
- sesungguhnya cinta semalam lah yang menjadikan siapa diri kita pada hari ini
- doa saya sentiasa mengiringi kebahagiaan awak & dia
- semoga saya akan dapat kebahagiaan yang sama suatu hari nanti...
* AMIN ~ *
p/s : ayat ni di copy dari pesbuk ! huhu
bukan ayat di karang sendiri okeh..
^_^